add

Wednesday, March 6, 2013

Kembali Berkayuh

Healthy life start at 30's.
Kehidupan sihat bermula 30an.

Hari 060313 nie bermula lah program kehidupan sihat aku iaitu dengan objektif dan wawasan yang sangat positif dan sensetif iaitu untuk mencapai berat badan ideal dgn BMI yg stabil. 


Bermulanya pada minggu nie dimana aku nak pergi kerja seperti biasa dan datang office awal sikit (tak seperti biasa hehe) sampai je kat pintu lif, ramai lah pula orang yg menunggu. tunggu punya tunggu dah dua kali lif yg sama naik turun, tak dapat jugak nak naik. Dengan gagah perkasanya aku terus menuju ke tangga bangunan untuk dipanjat ke tingkat 3 dari tingkat B1 nie. kalau nak dikirakan dalam 5 tingkat jgk nak kena panjat nie. Tingkat pertama berjaya diewaskan dengan mudah, tingkat kedua lebih kurang sama tetapi ada sedikit berat dada nak menyedut udara, tingkat ke tiga jantung mula menunjukan tanda pengepaman yg agak laju. Menuju ke tingkat ke empat nafas mula menjadi berat dan tangan memegang rail tangga. dan menuju tingkat yg ke lima iaitu yg terakhir , rasa seperti dada dan jantung macam nak meletup. Pintu tangga tingkat tiga di bukak, hati lega tapi jantung dengan dada tak bermaya. Aku terpikir apa ke halnya nie? takan muda2 stamina dah hancur macam nie? Baru lah teringat adanya dimana aku nie dah 3 bulan tak ada bersenam dgn mengayuh basikal kat rumah tu.......... Padan muka.



Tengah hari tu barulah terfikir mcm mana nak mengatasi masalah ini dengan jayanya. Belek punya belek kat bawah meja nak mengunyah sikit sambil berfikir. terperasan la pulak ada milk shake perisa Cafe Late lagi benda nie wife bagi nak suruh promote barangan Shaklee dia sambil nak berdiet. Datang lah Idea nak start diet program aku ni ha. Petang tu pekena milk Shake Shaklee nie lepas tu balik nak mengayuh Basikal aku yang dah tersadai dah dekat 3 bulan (lebih kot !). 


 Bantuan untuk mendapatkan tenaga Zahir dan Batin heheh.
Shaklee Cinch Perisa Cafe Late (set Kurus le nie heheh)



Semangat menigkat dengan mendadak. Pulang rumah dengan lancar. letak beg tukar baju , cari cycling shoes, pam tayar basikal , dan start kayuhhhhhh.... 




Pencarian Kasut yang Mencabar Iman

 Kayuhan Kembalikan semangat selepas 3 bulan Cuti2 Malaysia....
Lokasi Bukit Chermin Putra Height.



 Tengok construction LRT sampai ke sini. Lepas nie pakai LRT je pergi kerja.

 Semangat tinggi tak cukup nak panjat bukit yg tinggi kalau stamina hanya setinggi buku lali. kehkehkeh. takpa esok Repeat lagi InsyAllah.


Wife cakap gambar nie lawa, Sebab tu aku letak...... Subhanallah cantiknya :)


Hari Dah nak Magrib kena balik. Tapi hasil Kayuhan Boleh tahan le. Sejam punya hasil.


InsyAllah Selepas nie aku akan meneruskan perjuangan yang baru nak bermula nie sampai ke tujuannya. Kalau ada komen atau pandangan atau nak ajak kayuh sekali ke no problem...... Wasalam.








No comments:

Post a Comment