add

Tuesday, December 27, 2011

Jom Kayuh !




   Semenjak dua tiga tahun kebeleakangan nie, aku tengok komuniti berbasikal kat Malaysia nie semakin berkembang dan berkembang. Rata-rata tempat aku pergi mesti ada team basikal, tak kisah lah dari Perlis bawak ke Penang, Penang bawak ke Kuantan , Kuantan bawak ke Bintulu..... aku tengok dan perhatikan memang ada orang kayuh off road / on road bila weekend. Tak sama macam dulu-dulu (masa aku memula kayuh la). Dulu kedai basikal yang ada jual barang yg ok ada berapa kerat je, tapi sekarang mana-mana pergi pun boleh dapat. Kalau tak buleh dapat pun beli online pun takde hal punya lah.

   Kebiasaan nya kebanyakan rider baru sekarang nie memang meminati budaya berbasikal lasak & tak lasak, tapi ada juga yang menceburi bidang berbasikal nie sebab Trend, bukan apa sebab terikut-ikut kengkawan yang dah ramai kayuh. Pengalaman aku la ye... bagi diorang yang ikut berbasikal nie sebabkan trend, jangka hayat aktivitii yang diikutinya nie tak lama kebiasaanya lah.



   Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa dalam 3 tahun lepas lah.... Din (bukan nama Sebenar....) rakan satu kelas masa belajar dulu kat U, dia nie menag budak sukan le, macam-macam sukan dia main, satu hari tu aku tengah kayuh kat Shah Alam (kayuh malam) aku terjumpa lah si Din nie kat dataran Shah alam, borak punya borak dia cakap kat aku dia memang minat nak kayuh MTB nie tapi takde kawan. So dipendekan cerita aku tolong lah si Din nie dengan minat dia yang terpendam nie. Dalam Sebulan lepas kitorang jumpa tu si Din punya basikal complete lah ( Basikal DIY, nak murah la katakan) Din keluar modal dekat 2 ribu jugak le. Sebab dulu agak susah jugak le nak dapat brg murah. Jadi kayuhan pertama Din ialah di Kiara, sebelum tu aku dah sekolah kan sikit la si Din nie asas2 berbasikal bukit nie.

   Bila sampai kat Kiara kitorang sarapan dulu, Din boleh pulak belasah Nasi lemak telur mata dengan Tea Tarik besar kurang manis. Aku dah pesan dah kat dia kalau nak kayuh berat, sarapan kena ringan2. Din cakap takpa, dia dah biasa dah. Dia cakap nak jalan jauh kena isi minyak penuh-penuh. "Lantak ko la Din" kata aku kat Din. Lepas sampai kat parking kitorang pun bersiap dan mula kayuh.Aku suruh din ikut belakang, Dalam 5 minit pertama Din bersembang rancak jugak le aku layan kan aje. Tapi bila dah masuk 5 minit seterusnya aku dengar suara si din dah mula slow, aku tanya Din. Ko OK ke din? Dia jawab Ok No prob. aku toleh belakang aku tengok Din masih kayuh dengan tekun.... aku pesan kat dia , pakai Gear paling kecik kalau tak larat, dia jawab OK.....  terus kayuh.... dah lepas Pondok Pak Guard aku dan Din teruskan kayuh (jalan tar je pun...), aku tengok Din senyap je..... dalam masa lebih kurang 10 minit dari pondok pak Guard tu aku toleh belakang . aku tengok Din dah ter duduk sebelah basikal dia. aku pun turun balik ke bawah nak ke tempat si Din tu..... sampai-sampai je kat sebelah Din , dia terus termuntah kan nasi lemak dengan tea tarik gelas besar dia tadi tu.... tak semena mena muntah dia tu kena kat kasut SIDI aku nie ( Baru 2 kali pakai tu....) Tension aku dibuatnya.

   Aku tengok muka Din nie dah pucat tahap mayat.... Lepas dalam 15 minit rehat dan menyucikan diri. Din bangun lalu berkata ' aku rasa aku nak balik la ' aku dengar ayat tu lalu aku pun cakap ' jom la' gara-gara kasut SIDI aku nie dah tak rupa kasut dah. Dan di pendekan cerita . dua minggu berlalu, aku cuba ajak si Din kayuh. macam-macam alasan dia kasi aku. last-last dalam 2 bulan lepas tu dia cakap kat aku dia dah tak minat nak kayuh dah ( walaupun dia kayuh baru sekali) dia jual basikal dia tu kat aku setengah harga, lepas tu aku jual balik 2 kali ganda , hehehe,.... (untung aku) so nie le cerita sahabat aku yang kecundang dalam bidang berbasikal nie , ada lagi 3, 4 orang yg aku malas nak cerita hehehe. Jadi jangan jadi macam Din (bukan nama Sebenar) Nak kayuh basikal nie nak nampak COOL kata dia. Last sekali siapa yang untung? aku jugak..... keh keh keh. Nasihat aku kepada rider-rider yang baru nak kayuh nie, Kayuh basikal nie bukan ikut kederat je, kena ada mental yg kuat jugak. Jangan jadi macam aku nie seingat aku lah first ride aku dulu aku muntah dekat 7 kali gara-gara kena perdajal dengan kawan-kawan aku pegi bawak masuk Kemensah. Hampeh Korang! tapi takpa Alhamdulillah sebab aku start kayuh masuk hutan dengan track yang macam Hutan simpan Belum tu, sampai sekarang aku tetap kayuh, walaupun weekend kayuh sesorang....... (Tq Nine / Shahid & Ajoi).
So kepada Rider baru, Korang kayuh le walaupun sesorang ok. adios amigios.

Yang Benar
Rudon

No comments:

Post a Comment