Semenjak dua tiga tahun kebeleakangan nie, aku tengok komuniti berbasikal kat Malaysia nie semakin berkembang dan berkembang. Rata-rata tempat aku pergi mesti ada team basikal, tak kisah lah dari Perlis bawak ke Penang, Penang bawak ke Kuantan , Kuantan bawak ke Bintulu..... aku tengok dan perhatikan memang ada orang kayuh off road / on road bila weekend. Tak sama macam dulu-dulu (masa aku memula kayuh la). Dulu kedai basikal yang ada jual barang yg ok ada berapa kerat je, tapi sekarang mana-mana pergi pun boleh dapat. Kalau tak buleh dapat pun beli online pun takde hal punya lah.
Kebiasaan nya kebanyakan rider baru sekarang nie memang meminati budaya berbasikal lasak & tak lasak, tapi ada juga yang menceburi bidang berbasikal nie sebab Trend, bukan apa sebab terikut-ikut kengkawan yang dah ramai kayuh. Pengalaman aku la ye... bagi diorang yang ikut berbasikal nie sebabkan trend, jangka hayat aktivitii yang diikutinya nie tak lama kebiasaanya lah.